Wednesday, 27 January 2016

7 Tips Elak Alat Tulis Anak Selalu Hilang

BY Pustaka Al-Faatihah IN No comments

Masalah anak-anak hilang alat tulis ini bukanlah satu masalah baru. Perkara ini selalu terjadi setiap tahun, sampai penat ibu bapa bebelkan kepada anak mereka kenapa selalu hilang alat tulis. Jika habis dipakai tidak mengapa. Ini banyak terjadi beli hari ini, esok lusa sudah diminta beli yang baru kerana sduah hilang.


Ini ada sedikit tips untuk mengurangkan kadar "kehilangan" alat tulis anak-anak terutama bila di sekolah. Meh tengok.

Sumber: Google

i) Tulis nama pada setiap alat tulis mereka.
- Perkara ni mungkin nampak leceh dan banyak kerja tapi percayalah. Hanya leceh pada permulaan sahaja. Lepas tu akan nampak kesannya. Biasanya alat tulis selalu hilang ni bila anak kita dah tak boleh beza alat tulis mereka dengan kawan-kawan mereka sebab semua nampak sama je. Jadi letak nama di pensel, pensel warna, buku, pembaris. pemadam dan gunting yang mana selalu jadi "mangsa" kehilangan.

ii) Jangan belikan alat tulis yang mahal sangat
- Alat tulis yang mahal ni biasa akan sengan hilang sebab kawan sebelah tu macam minat sangat je dengan alat tulis tu. Katalah beli pensel tekan mahal, lalai sedikit je mesti tak jumpa dah sebab rakan dah sorok. Beli yang menepati kriteria dan tak semestinya mahal.

iii) Jangan belikan alat tulis yang cantik dan menarik
- Point ni sama macam point (ii), bukan bermaksud beli yang buruk sangat. Cuma yang biasa-biasa sahaja sebab antara kanak-kanak ini memang cepat cemburunya alat tulis kawan lagi cantik dari dia punya. Normal kan budak-budak begitu.

iv) Hadkan setiap barang alat tulis bawa satu sahaja.
- Setiap alat tulis beri bawa satu sahaja contohnya set lengkap seperti pensel, pemadam dan pembaris. Jika pada hari berkenaan cikgu pesan perlu ada gunting dan gam, baru bawa. Ini akan kurangkan risiko kawan nak pinjam sebab cuma ada satu je.

v) Nasihat jaga barang alat tulis dengan baik
- Ini biasanya memang ibu bapa dah buat tapi memang kena sentiasa nasihat. Ini kerana budak-budak memang sentiasa perlu dibiimbing dan diingatkan, tiada alasan untuk berhenti untuk nasihat.

vi) Denda hilang alat tulis dengan wang belanja sekolah
- Cara ini lebih untuk mengajar anak kita tentang displin dan menghargai barang kepunyaan sendiri. Beritahu mereka jika alat tulis mereka hilang, boleh diganti baru dengan syarat dipotong wang belanja. Sedikit sebanyak mereka akan lebih berjaga-jaga tentang barangan hak sendiri.

vii) Jangan beri pinjam pada rakan "bermasalah"
- Katakan kepada anak-anak supaya boleh diberi pinjam alat tulis kita kepada kawan tetapi harus diminta kembali atau kawan tersebut perlu memulangkannya semula. Jika kawan anak kita pernah hilangkan alat tulis, pesan kepada mereka untuk tidak meminjamkan lagi kepada mereka. Ini akan ajar mereka tentang pendirian diri dan displin.

Kesimpulan

Harap artikel ini dapat membantu ibu bapa di luar sana berkenaan alat tulis anak mereka yang selalu hilang tu. Sedikit sebanyaka boleh mengurangkan belanja poket ibu bapa beli alat tulis baru ye.

Silakan berkongsi artikel ini dengan rakan lain jika anda rasa artikel ini bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment